Phoenix InfoNews

Phoenix InfoNews Channel (Cina Tradisional: 鳳凰衛視資訊台, Cina Ringkas: 凤凰卫视资讯台; pinyin: Fènghuáng wèi shì zī xùn tái) merupakan salah satu dari lima saluran televisyen yang dikendalikan Phoenix Television. Ia merupakan saluran pertama yang melaporkan berita di seluruh kawasan China Besar, yang termasuk Tanah Besar China, Taiwan dan Hong Kong. Saluran ini diasaskan pada 1 Januari 2001 sebagai saluran 24-jam untuk berita terkini dan sorotan penting kewangan di seluruh dunia. Selain itu, terdapat juga penganalisis yang memberikan komen dan analisis mengenai isu dan topik semasa.